Tuesday, 24 August 2010

Biskut Semperit


Alhamdulillah, siap juga biskut pertama untuk lebaran tahun ni. Susah juga buat seorang2 ni.. kalau di kampung mesti adik2 turun tangan membantu (itupun saya minta tolong dengan upah duit raya lebih.. apa punya kakak la saya ni ekeke janji ada yang tolong.. penat tu buat sorang2). Tadi pun dekat 4 jam juga saya siapkan.. syukurlah rasanya pun lumayan enak.. tapi rupa sajalah yang nda berapa mcm biskut akekeke.. lantakla, janji rasa bah kan.. :)


Biskut Samperit

Bahan-Bahan:
1 cawan mentega
¾ cawan gula halus
1 biji telur
1 camca teh Vanila

Satukan (baik jika diayak untuk mengelakkan tepung berbintil-bintil):
1 ½ cawan tepung jagung
¾ cawan tepung gandum
¾ cawan tepung kastad
1 camca teh baking powder

Cara:
Pukul mentega dan gula hingga rata. Masukkan telur & vanila dan dikacau lagi hingga sebati. Masukkan tepung-tepung yang telah disatukan sedikit-sedikit ke dalam adunan & gaul hingga habis. Bentuk dan hiaslah mengikut kesukaan. Bakar dengan suhu 170'C.

Esok mau buat biskut kacang & coklat cips.. ermmmmm

Wednesday, 11 August 2010

Jangan Berputus Asa

Hidup di dunia penuh cubaan dan tidak semua dirancang dan diingini akan diperoleh dengan mudah biarpun sudah dilakukan segala usaha termampu. Justeru, hanya mereka bersemangat kental dapat menghadapi cabaran hidup dengan jayanya.

Seperti kata pepatah, yang pipih tidak akan datang melayang dan yang bulat tidak akan datang bergolek. Ia mengajar kita supaya berusaha dan terus mencuba biarpun sering berdepan kegagalan. Hakikatnya, kegagalan lumrah kehidupan. Allah menguji setiap hamba-Nya dengan pelbagai cara. Ada banyak hikmah di sebalik sesuatu kegagalan dan ia ujian menentukan tahap kesabaran seseorang.

Sesiapa yang bersabar, dia bakal beroleh kejayaan berlipat ganda di sisi Allah. Hidup di dunia adalah medan ujian menentukan siapa paling layak mendapat pembalasan baik daripada Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allah berfirman bermaksud: "Mereka itulah yang diberikan pahalanya dua kali ganda disebabkan mereka sabar." (Surah al-Qasas, ayat 54)

Firman Allah lagi: "Hanya orang yang sabar akan disempurnakan pahalanya tanpa kiraan." (Surah az-Zumar, ayat 10)

Oleh itu, orang beriman melihat kegagalan dan musibah dari sudut positif. Dia sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Malah bersyukur dan menerima takdir itu dengan berlapang dada, dijadikan pengukuh kepada rasa takwa.

Kegagalan tidak bermakna dia akan gagal selama-lamanya. Justeru, umat Islam dilarang sama sekali berputus asa. Setiap Muslim mesti terus berusaha untuk mencapai apa yang diharapkan kerana tidak ada kejayaan tanpa berusaha.

Sikap berputus asa tidak akan mengubah ke arah lebih baik. Sebaliknya, ia akan memburukkan keadaan dan menjauhkan seseorang itu daripada kejayaan. Orang berputus asa sebenarnya menjauhkan diri daripada kejayaan yang separuhnya sudah dicapai di sebalik kegagalan ditempuh. Setiap usaha tentu ada kebaikannya, biarpun tidak mencapai kejayaan diharapkan. Tidak tepat jika dikatakan usaha dilakukan hanya sia-sia disebabkan tidak mencapai sasaran ditetapkan. Setiap kebaikan dilakukan tidak hanya untuk satu matlamat atau kebaikan. Kebaikan diraih dari pelbagai sudut bagi setiap perkara kebaikan dilakukan biarpun matlamat akhir belum tercapai.

Umpamanya, pelajar yang belajar dan kemudian menduduki peperiksaan, tetapi gagal mencapai gred diharapkan, sudah tentu lebih baik daripada mereka yang tidak belajar langsung. Dia mendapat banyak kebaikan daripada proses pembelajaran diikuti.

Sesungguhnya, setiap Muslim dilarang keras daripada bersikap berputus asa daripada rahmat Allah. Sikap berputus asa bererti menolak qada dan qadar yang wajib diimani dan diyakini, manakala sabar memudahkan seseorang berusaha mencari jalan menghadapi kegagalan.

Apa yang terjadi kepada manusia sudah ditetapkan Allah. Namun, ia tidak menghalang manusia daripada berusaha dan berdoa. Hanya Allah mengetahui di sebalik qada dan qadar. Tugas manusia ialah terus berusaha melakukan sesuatu untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Mereka yang mudah berputus asa bermakna imannya cacat dan tidak sempurna. Mereka tidak tahan ujian dan dugaan Allah. Orang yang mudah berputus asa tidak akan mencapai kejayaan hidup. Kekecewaan menghampirkan diri kepada kegagalan mutlak.

Individu yang teguh imannya tidak berputus asa dengan rahmat Allah. Dia mengetahui dirinya sudah menuju kejayaan sama ada ditunjukkan di dunia ataupun di akhirat kelak.

Firman Allah bermaksud: "Wahai anakku, pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah, sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf, ayat 87)

Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menzalimi hamba-Nya. Setiap apa yang Allah jadikan itu ada sebabnya. Ujian diberikan Allah adalah tanda Allah menginginkan kebaikan untuknya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya besar ganjaran seseorang berdasarkan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah apabila mengasihi sesuatu kaum, mereka akan diuji dengan ujian. Barang siapa yang reda, maka baginya keredaan Allah dan barang siapa yang tidak bersabar, Allah tidak akan bersabar terhadap mereka." (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Firman Allah bermaksud: "Demi sesungguhnya Kami akan menguji dengan sedikit perasaan takut, kelaparan dan berlaku kekurangan harta benda dan jiwa (kematian) serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Oleh itu, kegagalan sepatutnya akan menjadikan seseorang itu lebih tekun dan gigih berusaha sehingga mencapai kejayaan. Kebanyakan individu yang berjaya cemerlang dalam pelbagai bidang pernah beberapa kali gagal sebelum itu. Mereka bersyukur kerana berdepan dengan kesukaran dulu. Bagi yang berfikiran positif, musibah dan kegagalan adalah peluang. Ketika berdepan masalah, banyak orang menjadi 'cerdik' dan akal panjang untuk mengatasinya. Keadaan mencabar memberi satu momentum melonjak ke arah lebih baik.

Kegagalan bukan disebabkan peluang tiada. Allah membuka seluas-luasnya peluang untuk manusia berjaya mendapat apa dihajati. Namun, liku-liku perjalanan untuk mendapat apa dihajati berbeza antara satu sama lain.

Orang berjaya sentiasa melihat kegagalan sebagai peluang membolehkannya membina kejayaan. Dia terpaksa bersusah payah untuk menukar kegagalan sebagai kejayaan. Apa dicapai itu lebih manis dan bermakna, yang memberi pengajaran hidup cukup berharga.

Dipinjam dr saudara Lokman Ismail

Friday, 6 August 2010

Sajojo

Sajojo, sajojo
Yumanampo misa papa
Samuna muna muna keke
Samuna muna muna keke

Sajojo, sajojo
Yumanampo misa papa
Samuna muna muna keke
Samuna muna muna keke

Kuserai, kusaserai rai rai rai rai
Kuserai, kusaserai rai rai rai rai

Inamgo mikim ye
pia sore, piasa sore ye ye
Inamgo mikim ye
pia sore, piasa sore ye ye

Monday, 2 August 2010

Great Teacher

Blank!! Sebenarnya tidak tau mau mulakan catatan tentang 'Great Teacher' ni. Saya baru saja menonton video pelajar bergaduh dengan guru. Hemm.. susah mau predict student sekarang ni. Terfikir juga, kalau beginilah generasi penerus bangsa merdeka, Na'udzubillah.. sekarang ini saja pun minda sudah dijajah. Kemerdekaan yang dilaungkan rasanya cuma di bibir, tapi bukan lahir dari hati. Pengucapan dari bibir dan hati sebenarnya memberi impak baik untuk diri sendiri mahupun orang lain. Ish, betul ka tu? Just try it, then u'll know. We will never know until we've try. Thats why some people say 'Try is the best key to succeed'. Ngamka itu ayat? Hentam sajalah labu.. Aik, mcm sesuai pula tema kemerdekaan ni dalam bulan ogos. Padahal title 'GREAT TEACHER' hehehe... Sebenarnya mau ceta pasal 'GREAT TEACHER', bukan saya 'Great Teacher'nya dan bukan siapa-siapa melainkan PENGALAMAN. Pada saya, PENGALAMANlah guru terbaik yang pernah saya miliki selain guru-guru masa sekolah dulu (guru-guru dimiliki ka? ermmmmm). Kenapa saya nyatakan pengalaman guru terbaik yang pernah saya miliki? Pada saya pengalaman banyak mengajar saya untuk menjadi lebih berhati-hati, lebih dewasa, lebih memilih, lebih membuat keputusan, lebih menjadi manusia yang berakal, dan lebih.. lebih.. lebih lagi.. Pasti kita semua pernah mengalami bermacam-macam jenis pengalamankan.. kalau saja pengalaman itu tidak ada, pasti kesalahan demi kesalahan akan berlanjutan. Apa ya yang boleh saya kongsikan melalui pengalaman saya sepanjang hidup saya selama 30 tahun ni... Rasanya masih terlalu sedikit dibandingkan dengan orang lain, namun apa yang pasti hidup ini sangat singkat untuk dilalui. Bagi saya juga pengalaman itulah yang mendekatkan saya kepada 'Pencipta Yang Maha Agung'. Kerana DIA jugalah saya dapat melalui semua pengalaman itu. Pengalaman sebenarnya tidak akan bernilai apa-apa kecuali kita memberinya makna. Kadang Pengalaman itu boleh menjadi guru terbaik mahupun terjahat yang luar biasa dalam hidup kita. Pengalaman juga kadang dapat membuatkan kita untuk melihat atau membuatkan kita menjadi buta. Apapun sebenarnya, semuanya itu tergantung pada diri kita sendiri untuk memahami dan menilai suatu pengalaman itu. Contoh yang boleh saya kongsikan, keluar rumah tanpa membawa payung. (Apa perlu membawa payung?) Kadang cuaca tidak menentu, walaupun hari itu diramalkan cerah, tapi yang berkuasa atas segala sesuatu itu pasti bukan sang peramal cuaca tetapi Yang Maha Kuasa. Nah, andai saja hari itu hujan, pastilah kita kehujanan kan. Beberapa orang yang sama-sama kehujanan pasti ada yang mengeluh dan tidak mustahil ada yang memanjat rasa syukur.

Soal pengalaman ini memang sangat luas, mungkin ada yang mengatakan pengalaman itu sekadar pengalaman, ada pula mengatakan pengalaman itu membuatkan dia hidup terpuruk, ada juga yang mengatakan pengalaman itu, ini, begini dan begitu.. kita punya hak untuk mengatakan apa yang kita rasa benar, dan apa yang salah. Walhal demikian, pengalaman tidak bererti andai kita lupa siapa kita dan paling utama lupa Pencipta kita. Menjadi suatu kesalahan apabila manusia hanya bergantung kepada pengalamannya saja. Manusia ini selalu saja berubah-ubah, saranan saya agar kita boleh berpegang kepada pengalaman lalu, tetapi jangan pernah berhenti untuk terus belajar hal yang baru. Jangan saja pengalaman itu membuatkan kita berada di atas angin, dan akhirnya jatuh berderai. Apapun dan bagaimana pun pengalaman kita, wajib kita sandarkan sepenuhnya kepada Ketentuan Allah SWT.

Wallahu'alam..

Thursday, 29 July 2010

Resepi Soto Ayam





Bahan-bahan:

Bahan2:
1 ekor ayam
Air
Minyak untuk menumis dan menggoreng
Garam
Gula (boleh tukar MSG)

Bahan bumbu:
Halia
Lengkuas
Kemiri (buah pala ka buah apa tu kalau di sabah.. yang kulitnya keras warna hitam tapi selalu dijual kulitnya sudah tiada, mcm biji getah jugala rupa dia.. jangan silap pula kekeke)
Serai
Bawang Merah
Bawang Putih
Kunyit
Kencur (kalau di Sabah nda tau apa ni kena panggil mcm halia, tapi isinya putih, baunya mcm jamu)
Serbuk lada putih

Untuk pelengkap:
Mihun (rendam dalam air untuk kasi lembut, ndakan mo makan keras2 kan..)
Kobis iris halus (lebih baik kobisnya di kopek sehelai sehelai supaya senang mo cuci dan boleh nampak mana tau ada binatang lain dalam kobis hehehe... dah cuci baru hiris halus)
Daun sup (cuci dulu.. bru hiris arr)
Bawang goreng (cara supaya garing, setelah dipotong halus rendam dalam air yang diletakkan sedikit garam, pastu baru goreng)
sambal lada (goreng lada bersama bwg putih dalam 2 ulas (yang masih utuh), pastu tumbuk dengan garam)

Cara membuat:
Tumis bumbu yang ditumbuk tadi sampai kekuningan. Pastu masukkan ke dalam kuali (lanjang) yang berisi air. Masukkan ayam yang sudah dipotong 4 bahagian. boleh dimasukkan juga pati ayam (kiub ayam atau serbuk pun boleh la) untuk menambah rasa, oya lupa pula.. masukkan juga garam secukup rasa dan sedikit gula jika tidak mau boleh tukar dengan MSG(ajinomoto), saya tidak makan ajinomoto jadi selalu guna gula. Tunggu Sampai empuk dan supnya matang. Angkat ayamnya, tiriskan airnya dan goreng kedalam minyak yang sudah di panaskan. setelah kekuningan keluarkan dan tunggu sehingga dingin. carik2kan isi ayam dan sisihkan dari tulangnya.

Cara menghidangkan:
Kalau bab makan da ni nda payah la ajarkan.. masukkan yang mana dulu suka. letak mihun dulu pun boleh, pastu isi ayam, kobis yang dihiris halus, daun sup, bawang goreng.. pastu supnya la.. Suka hati la kalau dah bab ni kan.. mo campur telur rebus pun boleh.. kentang goreng pun boleh saja..

Wednesday, 28 July 2010

Curhat buat sahabat, teman dan kawan

Entah kenapa saya merasa terpanggil untuk menulis nota ini. Sahabat, teman dan kawan, saya tidak tahu apa sebenarnya persamaan dan perbezaan antara 3 gelaran ini. Yang pasti saya merasa senang jika ada sahabat, teman dan kawan yang selalu ada menemaniku saat suka mahupun duka walau berada di kejauhan. Saya teringat pertanyaanku pada seorang kawan, "Antara kawan dan kekasih mana yang kamu dahulukan?" Dia dengan yakin menjawab "Kawanlah, kerana bila ada masalah dengan kekasih, paling tidak kita masih punya kawan dan kawan itu sampai bila-bila akan tetap jadi kawan. Tapi kalau kekasih belum tentu lagi akan jadi pasangan hidup kita, langit tidak selalu cerah. Bila sudah putus, susah mahu jadi kawan." Ermm dalam hati saya, betul juga. Tapi siapa sangka, bila sudah bertemu kekasih hati, prinsipnya jadi berubah. Sepertinya kekasih itulah yang utama, kerana selepas itu saya jarang mendengar khabar darinya. Biasalah, kalau sudah bertemu pujaan hati sepertinya dunia milik bersama. Saya tidak mengatakan dia salah, kita punya hak untuk setiap apa yang kita lakukan, tapi jangan sampai hilang jati diri dalam mencari erti sebuah kehidupan. Saya percaya kita semua punya sahabat, teman, dan kawan kan? Begitu juga halnya dengan saya, memang agak susah untuk memuaskan hati semua sahabat, teman dan kawan kita tu, apatah lagi jika berbicara soal kebaikan dan keburukan. Nau’zubillah, saya sebenarnya tidak mahu menambah dosa yang sudah menumpuk dan rasanya tidak tertanggung oleh azab yang bakal saya terima tapi saya cuma manusia kerdil di muka bumi Allah ini dan selalu sahaja tidak lepas dari melakukan kesalahan, tersalah tutur kata, terlanjur bicara, terkasar bahasa dan kadang silap menilai. Terasa sedih dan kecil hati ini bila dikatakan "Tiada ertinya tunduk, sujud..solat 5 waktu tapi busuk hati" Ya Allah, dalam hati saya perlukah dia menilai solat saya? Pada saya, itu merupakan kewajipan yang perlu dilaksanakan, diterima atau tidak saya serahkan pada yang Maha Berkuasa kerana hanya Dia yang berhak atas segala sesuatu. Siapa sebenarnya yang busuk hati? Kalau benar dialah yang paling sempurna, dia pasti tidak akan menilai soal solat saya. Saya tidak pernah berbahas dengannya soal ini, kerana saya bukanlah jenis orang yang suka berbahas soal yang pada saya 'saya bukan ahlinya'. Saya cuma mampu tersenyum dan berdoa dalam hati mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada kami. Saya tidak tahu kalau ada di antara sahabat, teman dan kawan yang merasa senang bila melihat sahabat, teman dan kawannya meraih sesuatu yang membahagiakannya dan sebaliknya atau merasa gembira bila sahabat, teman dan kawannya ditimpa masalah. Jika kita benar-benar merasa kita ini sahabatnya pasti kita akan merasa apa yang di rasakan oleh sahabat kita. Saya pernah menitiskan airmata gembira bila sahabat saya mengkhabarkan dia mendapat kerja yang lebih baik dari kerjanya pada masa itu. Sebelumnya saya selalu mendengar keluhannya kerana gajinya tidak berbaloi dengan apa yang dia kerjakan. Bukan gaji yang dipersoalkan sebenarnya tapi dia merasa tidak diperlakukan selayaknya di tempat kerja. Mungkin pada dasarnya dia tidak menuntut imbalan tapi sedikit rasa hormat sudah cukup baginya. Itu yang saya rasa bila dia meluahkan bagaimana stressnya dia berada di tempat kerja. Hanya dengan mendengar luahannya, dia rasa sangat terbantu. That’s friend for..

Walaupun pernah sesekali terasa dikhianati teman sendiri, terutama sekali bila terasa sering dijadikan objek sebagai pesalah dan dialah sang pemenang, terasa dimanfaatkan, dibohongi, tapi pada saya mungkin itu mainan dan cabaran hidup yang sementara. Walaupun demikian saya tidak pernah menganggap sahabat, teman dan kawan sebagai musuh terbaik saya kerana bagi saya sekali menjadi kawan, akan menjadi kawan sampai jasad tidak lagi di kandung badan. InsyaAllah. Pesanan untuk diri sendiri, jangan pernah mendoakan yang jelek-jelek atau yang tidak baik untuk sahabat, teman dan kawan kita walaupun terasa dikhianati, dibohongi, disakiti tetapi susurilah dengan doa yang terbaik untuknya dunia dan akhirat, mudah-mudahan dengan itu kita mampu meraih ketenangan jiwa yang tidak pernah kita rasakan. Dari hati yang sangat dalam, saya mohon maaf andai pernah melakukan apa-apa kesalahan pada semua sahabat, teman dan kawan. Mudah-mudahan kita senantiasa dalam rahmat Allah swt. Yang baik itu semua dari Allah, dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri, walhal yang demikian saya cuma meniti takdirnya..


~ i've just post this notes @FB~